Tentang dzikir

Pernah datang seorang hamba Allah menziarahi seorang wali. Wali bererti seorang yang mempunyai “kehidupan yang bernyawa.” Seseorang itu tidak mungkin menjadi wali melainkan dia mencapai kehidupan yang penuh dengan cahaya. Sekiranya hati seseorang itu “mati,” maka dia tidak boleh menjadi wali, kerana di dalam hati yang tidak bermaya tidak adanya zikirullah. Hati memperolehi hayatnya daripada zikirullah, zikirullah tersebutlah yang membuat hati itu menyebut “Allah.” Hati tersebut sentiasa hidup. Apabila hati itu telah disesuaikan untuk berzikir, mustahil baginya untuk berhenti. Hati tersebut berfungsi untuk menyebut “Allah” dan penjelmaannya melalui terikan “Allah.” Getaran nada “Allah” di dalam hati akan menyalurkan darah ke setiap urat dan rekah. Oleh demikian, sesiapa hatinya berzikir dengan kalimat “Allah,” seluruh badannya berfungsi menyembut “Allah … Allah … Allah.” Apabila dia meninggal dan jasadnya di semadikan di dalam kubur, tiada perubahan akan berlaku kepadanya. Hatinya terus akan berzikir dengan kalimat “Allah … Allah … Allah” sehinggalah ke hari Qiamat. Dan apabila jasadnya di perintah untuk bangun semula, dia akan bangun sambil berzikir “Allah … Allah … Allah.” Nur zikirullah akan memancar dari setiap pelusuk badan dan rambutnya. Dia akan kelihatan seperti cahaya matahari, bulan dan bintang di Padang Masyar.




Apa yang telah kalian lakukan untuk kehidupanmu? Apa yang kalian tunggu lagi? O mukmin! O orang Islam! masa berlalu dan dunia ini sedang meninggalkan kita dan akhirat sedang menunggu. Dari masa kita dilahirkan, kita sebenarnya meninggalkan dunia dan bergerak menuju ke akhirat – hari yang dinanti-nantikan itu pasti akan datang. Kita harus lihat apakah zikir yang ada di dalam hati kita. Adalah sangat penting untuk kita mengingati Allah, kerana Dia telah berfirman, “ O hambaKu, ingatkan Aku; apabila kamu mengingatiKu, Aku mengingati mu. O hambuKu, berzikirlah kepada Ku, nescaya Aku akan membawa zikirmu ke Kehadiran Ilahi.”

Kita perlu berzikir dan bersama-sama dengan ahli zakirin. Kepinginan kita haruslah untuk hidup sebagai seorang zakirin. Asyikan dengan berzikir dan perkenalkan diri sebagai zakirin. Hiduplah di dalam zat zikirullah. Kekuatan dan kuasa kita bukannya datang daripada makanan dan minuman, Kekuatan seperti itu adalah untuk tahap haiwan. Manusia mesti mengambil kuasa dan tenaga daripada zikirullah. Kita boleh memperolehi kekuatan dan tenaga untuk jasmani kita daripada makanan dan minuman, tetapi manusia sebagai bakal untuk menjadi khalifah Allah perlu mengambil tenaga dan kuasa daripada zikirullah.

Kehausan dan kelaparan kita haruslah zikirullah. Apabila hati kita telah dialehkan hanya untuk Allah, maka Allah akan menganugerahkan kita dengan keyakinan, keamanan dan kegembiraan. Kehidupan kita akan menjadi seronok dan kematian kita juga akan menyeronokan. Pada hari terakhir itu kelak, kita akan bersama-sama orang yang gembira, mulia dan bercahaya. Amalkanlah zikirullah sehingga akhir hayat.

Cukuplah dahulu buat kali ini. Kita telah melayani selera kita dengan makanan yang lazat, dan kita telah mengisikan keperluan roh kita dengan sohbet ini. Moga-moga Allah menganugerahkan kepada kita pemahaman yang betul dan sentiasa berzikir dan juga memberi rasa sebenarnya zat Zikirullah.

Rasa zikirullah – kalian tidak akan dapat mencarinya melalui rasa kebendaan. Rasa kebendaan akan menurun, setiap kali akan menjadi kurang. Tetapi rasa kerohanian sentiasa akan meningkat menjadi lebih lazat. Oleh demikian, para anbiya dan awliya telah merasa kelazatan zikirullah dan ini membuat mereka dahaga untuk pergi ke Kehadiran Ilahi. Orang biasa takut kepada kematian. Mereka takut kepada para anbiya dan awliya yang sedang berlumba untuk menuju ke Kehadiran Ilahi. Moga-moga Allah mengampuni kita.
 

Panji Rasulullah Copyright © 2008-2009 | Edited By : Copyright Tanpa Nama